Wednesday, June 9, 2010

Pengenalan


GAHARU atau Agarwood atau Oud yang dikenali dikalangan bangsa Arab dari pokok Aquilaria spesis Crassna, Subintegra dan Malaccensis merupakan wangian berharga tinggi keluaran pokok-pokok hutan hujan tropika dari kawasan Asia Tenggara dan Tropika. Resin yang sebati dalam batang Aquilaria menjadi asas wangian yang diibaratkan oleh orang-orang Asia sebagai "Wood of The Gods".

Kewangiannya telah dinikmati sekian berkurun lamanya oleh orang-orang dirantau ASIA untuk menghiasi upacara-upacara tradisional dan keagamaan mereka. Kini gaharu semakin menjadi bahan wangian yang dicari-cari di Asia Barat, Eropah, Amerika & Jepun. Malah syarikat-syarikat terkemuka pengeluar minyak wangi di Eropah & Amerika mula menggunakan gaharu sebagai asas minyak wangian keluaran mereka.

Disebabkan permintaan yang tinggi, Aquilaria semakin pupus kerana ditebang secara berleluasa untuk mendapatkan keuntungan besar dari jualan resin. Semakin sukar diperolehi maka semakin bernilai tinggi produk istimewa keluaran hutan rantau kita.

Kini usaha mengekalkan Aquilaria dipergiatkan di negara-negara seperti Vietnam & Thailand dengan bantuan kepakaran penyelidikan barat. Industri tanaman pokok Aquilaria kini telah membuka peluang perniagaan yang lumayan kepada penduduk-penduduk kampung di sana.

Pokok-pokok yang sebelumnya perlu berusia ratusan tahun untuk mendapatkan hasil resin, kini setelah melalui kajian saintifik, pokok-pokok yang berusia semuda 5 tahun sudah mampun mengeluarkan resin yang banyak sehingga 10 kali ganda.

Penanaman pokok Aquilaria di Malaysia masih diperingkat awal. Syarikat kami adalah antara yang terdahulu memulakan industri tanaman pokok Aquilaria.

Bidang yang diperolehi melalui pendedahan di seminar-seminar antarabangsa, syarikat kami bertambah yakin dengan industri ini & mula mengorak langkah memajukan pengeluaran pokok-pokok benih spesis Crassna & Subintegra. Ladang kami di Kedah telah dipenuhi dengan pokok-pokok benih spesis Subintegra yang bermutu tinggi & dikawalselia dengan rapi & sistematik.





0 comments:

Post a Comment